Latar belakang: K-BESTARI

Sejarah Penubuhan

Komuniti BESTARI diistihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan. Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.


Logo

Konsep LogoKonsep logo ini menggambarkan komuniti yang penyayang, berpengetahuan dan bermaklumat di mana sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menghasilkan bahan kerja-kerja tangan yang kreatif dan menarik.

Keterangan Logo

Huruf ’B” bermaksud BESTARI atau BIJAKSANA. Bintang 14 melambangkan Komuniti BESTARI merangkum keseluruhan negeri.

Jalur-jalur merah di belakang membentuk susunan buku melambangkan komuniti gemar membaca dan bermaklumat.

Huruf ’B’ juga menghasilkan ’mata pena’ menggambarkan komuniti yang BIJAKSANA dan berpengetahuan ICT.

Huruf ’B’ juga membentuk huruf ’V’ yang membawa maksud ’cinta’ kerana setiap komuniti perlu ada perasaan menyayangi dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti.

Keterangan Warna

Logo komuniti BESTARI ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Putih.

BIRU - Kerjasama antara komuniti
KUNING - Keikhlasan
MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.
PUTIH - Sifat ingin tahu dan meningkatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan perkembangan semasa.

Konsep

Komuniti BESTARI adalah Program Gerakan Rakyat (Peoples Movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari.

BESTARI membawa maksud :

B - BERMAKLUMAT
E - ERAT
S - SILATURAHIM
T - TELEVISYEN
A - AKHBAR
R - RADIO
I - ICT/INTERNET

Misi, Visi dan Slogan

Misi

Membentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara.

Visi

Komuniti BESTARI peneraju maklumatan komuniti akar umbi

Slogan

”PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA"

Objektif

Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari bagi mengukuhkan jati diri yang menjadikan asas kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pijak yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan seluruh komuniti menyokong dasar dan menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.

Menjadikan ejen perubahan dalam komuniti bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

Dasar Pertubuhan

Penubuhan Komuniti BESTARI adalah berdasarkan konsep ”Satu Mukim Satu Komuniti BESTARI”. Walaubagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :

a. Satu Kadun dua Komuniti BESTARI ( Sabah dan Sarawak)


b. Satu Parlimen tiga Komuniti BESTARI ( WP Kuala Lumpur)

c. Komuniti BESTARI mengikut zon (WP Labuan)




Tuesday, March 16, 2010

Ramah Tamah Krismas 2009 Kampung Suyong Balingian








Bergambar kenangan bersama YB dan persembahan tarian oleh anak-anak cilik dan belia kampung Suyong










Penyampaian cenderamata kepada YB oleh Ketua Kaum Kpg Suyong En Beruga


Kumpulan Koir Kpg Suyong bersama YB Abu Seman Jahwie Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak





Thursday, December 4, 2008

AKTIVITI GOTONG ROYONG










Tenaga diperah menyumbang bakti, semoga usaha Allah berkati









Semak belukar ditebas rata, kini luas di pandang mata









Sehari suntuk bergotong royong, jasa dan bakti mengharumi kampung.

Bergambar bersama selepas aktiviti merintis jalan ke perkuburan islam Kampung Kuala Balingian

Monday, December 1, 2008

Udang oh udang..


Balingian terkenal dengan udangnya dan lubuk udang bagi kaki pancing. Sememangnya ia tempat yang sesuai untuk melabuhkan mata kail..Tidak menghampakan jika rezeki kita. Harga udang di bandar sememangnya mahal, nak hidangan berlaukkan udang jarang-jarang. Tetapi di Balingian tidak ada masalah harganya murah boleh dibeli kita tetapi nak seronok kita pergi memancing udang....Balingian mengajar aku cara-cara menyiang udang dan resepi udang terkenal di sini adalah pais udang. Nak merasai keseronokan memancing udang dan sedapnya pais udang bertandanglah ke Balingian....

Friday, November 28, 2008

Maulidur Rasul 1429H


Menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Balingian

Ahli K-Bestari membuat persembahan

Wednesday, November 19, 2008

AKTIVITI AKTIVITI K-BESTARI BALINGIAN 2008


Lawatan Ahli K-Bestari sempena Sambutan Hari Gawai di Rh. Ngelambai, Sungai Sebuloh, Balingian











Ahli K-Bestari menyambut ketibaan rombongan Merdeka Ride 2008 di Kampung Kuala Balingian










Ahli-Ahli K-Bestari berbakat membuat persembahan pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008











Pengerusi bersama Pen.Peg Tabdir Balingian dan Peg.Penerangan Mukah antara tetamu yang hadir menjamu selera pada majlis ramah tamah Aidilfitri 2008



Tak kenal maka tak cinta

















Pertama kali ditukarkan ke Balingian jauhnya..sunyi...Kebiasaan hidup seharian dengan hiruk pikuk, kesibukan jalanraya asam garam hidupku. Aku akui 'orang bandar' ke kampung jauh dari kemodenan bandar, shopping komplek, tempat hiburan dan jauh dari keluarga terlalu asing. Tetapi setelah beberapa bulan aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Alhamdulillah ...Rupa-rupanya banyak keistimewaannya Balingian....